Thursday, April 22, 2010

Pemanis Bicara













Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman ini.

Pertama dalam ruangan ini, ingin saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kerana sekolah kami kini telah berjaya memiliki laman web sendiri untuk sama-sama menaik taraf sistem pentadbiran sekolah. Menerusi ruangan ini, segala perkembangan dan program sekolah akan sama-sama dapat dilihat oleh pihak luar tidak kira dari Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Jabatan Pelajaran Negeri termasuklah dari pihak ibu bapa pelajar.

Semoga dengan itu, dapatlah kiranya sekolah ini menaikkan namanya sendiri di mata masyarakat sekeliling.
Pelbagai aktiviti dan program yang berteraskan akademik mahupun kokurikulum bakal ditampilkan di sini. sama ada program yang bakal dijalankan mahupun yang telah berlangsung melibatkan sekolah kami. Juga akan dimuat naikan pelbagai informasi terkini berkaitan dengan sekolah di sini kelak. Diharap, semua pihak yang terlibat dapat sama-sama menggunakan ruangan ini sebaik mungkin untuk mendapatkan impak yang maksima dengan terwujudnya laman ini.

Sebelum mengundurkan diri, saya selaku pentadbir Sekolah Kebangsaan Datuk Ismail Saadon ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah kerana dengan izin-Nya ruangan ini berjaya dibangunkan untuk manfaat semua. Sekian sahaja untuk kali ini.

Terima kasih.

KEBANGGAAN KAMI


SEK. KEB. DATUK ISMAIL SAADON,
Felda Air Tawar 2,81920 Kota Tinggi, Johor.
No. Telefon:07-8932052
No. Fax:07-8932052
Kod Sekolah : JBA 3031